Followers

Friday, July 6, 2012

Sifat-Sifat Mahmudah (Terpuji) Vs Sifat-Sifat Mazmumah (Terkeji) | Sufi Salafi - Laman Informasi Motivasi Bestari

Sifat-Sifat Mahmudah (Terpuji) Vs Sifat-Sifat Mazmumah (Terkeji) | Sufi Salafi - Laman Informasi Motivasi Bestari:


Sifat membawa maksud kelakuan, tindakan, akhlak, aktiviti fizikal dan hati, manakala Mahmudah pula membawa erti sesuatu yang dianggap dan dizahirkan sebagai yang terpuji dan cantik pada pandangan mata dan hati manusia secara fitrah dan estetika. Sebaliknya Mazmumah membawa makna yang terkeji, dibenci, dihina, dimarahi, dipulau dan sebagainya oleh sgenap lapisan masyarakat tanpa mengira bangsa dan agama. Penentuan dan pembezaan hakiki kedua-dua sifat tersebut terletak pada naluri dan fitrah manusia yang suci yang berlandaskan Al-quran dan As-sunnah sahaja.
Setiap amalan sifat-sifat mahmudah akan memberi impak dan implikasi yang mahmudah (positif) kepada diri dan persekitaran pelakunya, manakala amalan sifat-sifat mazmumah sudah pasti memberi kesan yang mazmumah (negatif) dan sangat buruk kepada semua.


'via Blog this'

No comments: