KITA mulakan perbincangan kita kali ini dengan sedikit fakta yang mungkin mengejutkan sebahagian orang. Tahukah anda bahawa.. “30% ubat yang dihasilkan mengandungi unsur babi!“
Ah.. Jangan panik. Relaks dulu. Tapi bagaimana saya tahu anda panik? Kerana saya pun panik juga. Hehehe..
Jadi bagaimana sekarang? Macamanakah agaknya cara untuk mengetahui ubat yang kita ambil itu halal atau pun haram? Entah-entah kita sudah mengambil ubat-ubatan yang mengundungi unsur khinzir atau alkohol tanpa disedari selama ini.
Saya percaya sebagai seorang pesakit muslim, anda memang 100% tidak mahu menggunakan ubat yang mengandungi unsur daripada bahan terlarang ini tapi kita bukannya ahli farmasi yang mahir dalam selok-belok ubat. Nama saintifik babi dan pecahan bahagian-bahagian anggota babi pun kita tidak tahu.
Isu halal ubat di Malaysia ini menjadi perkara yang sensitif di kalangan masayarakat Islam negara kita kerana ianya membabitkan banyak perkara termasuklah akidah, syariat dan ibadah. Mengetahui dan memahami senarai ubat halal menjadi perkara yang mandatori kepada umat Islam. Tidak perlu untuk saya terangkan dengan panjang lebar kenapa di Malaysia bukan saja makanan bahkan ubat juga banyak yang mengandungi unsur tidak halal. Anda tahu sendiri. Soal ini adalah berkaitan agenda yang lebih besar. Rumit untuk diperkata di dalam satu post sahaja.
Apa yang mahu saya fokuskan kali ini adalah berkenaan senarai ubat halal (dan hal ini masih belum ada satu garis panduan yang dikeluarkan secara rasmi oleh pihak berwajib). Berkenaan dengan senarai ubat halal ini, kita berasa bersyukur kerana pada ketika ini sebuah buku telah diterbitkan yang menyenaraikan ubat-ubatan di pasaran yang halal dan haram. Buku tersebut bertajuk ‘Halalkah Ubat Anda‘. Ditulis oleh seorang ahli farmasi muslim yakni Abd Rahman Baco. Beliau memiliki Sarjana Muda Farmasi dan memang cukup arif berkenaan perihal ubat-ubatan.
Di dalam buku ini, penulis memberi panduan umum kepada pembaca dalam pemilihan ubat halal di samping telah menyenaraikan sembilan puluh jenis ubat yang mengandungi unsur haram. Apa yang paling menarik, ubat alternatif atau ubat pilihan juga turut dikongsikan kepada pembaca. Dan yang menjadikan buku ini lebih lengkap adalah pada pandangan ulama dan faktwa-fatwa terkini yang juga turut dimuatkan bersama.
Pandangan saya secara peribadi, disebabkan buat masa ini masih belum ada satu panduan yang lebih menyeluruh, maka buku ini telah mengisi lompang tersebut. Kalau boleh saya tambah, buku fizikal ini memang wajib dimiliki oleh setiap keluraga Islam di negara ini. Sesuai dijadikan bacaan tambahan bagi meningkatkan pengetahuan dalam usaha menjaga keimanan. Berubat adalah wajib tetapi bukan dengan perkara haram! Seperti mana yang telah disabdakan oleh junjungan besar kita:
“Sesungguhnya ALLAH tidak menjadikan kesembuhanmu dengan sesuatu yang DIA haramkan atas kamu.”
(Riwayat Bukhari)
‘Buku Halalkah Ubat Anda‘ ini boleh dibeli melalui kedai-kedai buku seluruh negara dan juga secara online. Tidak kisah anda beli melalui cara apa pun, yang paling penting dapatkan senaskah untuk rujukan diri dan keluarga.
Diharapkan anda mendapat manfaat dan terima kasih kerana membaca post ini.
Sumber Asal: Isu Halal: Ubat Di Malaysia - Julmazli Dot Com
'via Blog this'
No comments:
Post a Comment